Rasulullah dan Hati

Standard

“Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu, kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu, Ya Rasullullah”

Mengalir air mata gua dengar lagu Raihan kat video atas tu. Sedih sangat, gua teringat dulu ustaz gua cerita, Ustaz gua cakap Rasulullah tu sangat sayangkan kita umat dia ni sampai masa baginda sedang nazak, yang terukir dekat mulut baginda hanyalah “umatku, umatku”. Baginda takut sangat apa yang akan terjadi dengan umatnya selepas baginda wafat. Sampai camtu sekali kan sayang dan ingatan baginda terhadap kita, tapi, berapa kali aja kita ingat dekat baginda. 

Segar dalam ingatan gua, Ustaz gua cerita disaat Rasulullah wafat, masa tu malaikat maut sedang tarik nyawa baginda. Malaikat maut cuba tarik selembut yang mungkin, tapi baginda tetap menanggung sakit yang amat sangat. Baginda menitiskan airmata sambil menyebut “ummatku, ummatku”. Kemudian, kata Ustaz, Rasullullah berdoa pada Allah ” Ya Allah, kau bebankanlah sakit dicabut nyawa umat-umatku padaku sahaja Ya Allah supaya mereka tidak menanggung sakit. Aku takut mereka akan tergelincir iman mereka dek menahan sakit seperti ini”. Sayangnya Rasullulah dengan kita. Baginda sanggup menanggung kesakitan untuk kita. “eden sodih”. 

Gua masih ingat masa gua kecik-kecik dulu, gua selalu teringin nak jumpa Rasulullah. Gua ingat lagi, gua ada beli buku lebih kurangla tajuk dia “Amalan-amalan untuk bertemu Rasulluh di dalam mimpi” . Ada la dalam buku tu selawat-selawat yang kalau diamalkan mungkin dapat “chance” jumpa Rasulullah. Sebulan gua usahakan, setiap hari, lebih seribu kali selawat.  Lepas sebulan tu, gua pon “give up” pastu gua buat “post mortem”, nape gua tak mimpi-mimpi Rasullulah pun. Pikir punya pikir gua pun terpikir, ye la kan, gua memang selawat beribu-ribu, tapi gua tak solat. Yela mase tu kecik lagi. Tu sebab gua tak dapat jumpa kut, Tapi ape yang penting, hari tu gua terfikir, kalaulah gua boleh selawat beribu-ribu kali, apa salahnya gua solat. Solat tu lagi besar pahala. Dahla dosa besar kalau tinggal.

“Start” hari tu, gua mula “start” solat.  Gua mula hafal ayat Al-Quran.Gua tak rasa gua membazir masa sebulan selawat beribu-ribu kali sehari mase dulu tu.  Sebab kalau bukan sebab tu la, gua “maybe” tak terfikir nak “start” solat.  “Maybe” gua tak dapat jumpa Rasulullah dalam mimpi, tapi gua harap sangat, kat akhirat nanti, gua dapat jumpa Rasulullah. Gua tau gua ni tak layak, yela kan orang tak berapa baik, tapi, gua “still” letakkan tu sebagai cita-cita gua dan pendorong untuk jadikan orang yang lebih baik. Gua nak sangat jumpa Rasullulah .”eden sodih”. 

“Last” sekali, gua nak pesan kat diri gua utamanya, dan kat lu orang, sempena Maulud Nabi ni, amiklah sepuluh kelima belas minit untuk selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Antara semua orang yang sayangkan kita, takde orang yang sayangkan kita macam baginda sayangkan kita. Percayalah. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s