Daily Archives: August 21, 2013

PTPTN dan CCRIS

Standard

“Sudahlah terhantuk, tergadak pulak dagu”

Gua ingat lagi mase gua sekolah dulu, cita-cita gua “seriously” tak tinggi mane pun, gua dulu “plan” lepas abis SPM gua nak “apply” mane-mane kilang jadi operator. Walaupun gua dulu budak sekolah asrama penuh, gua punya pemikiran pun camtu “so” gua tak hairanlah kalau budak-budak sekolah biasa tak kesah sangat dengan masa depan. Tapi gua Alhamdulillah, mase tiga bulan sebelum SPM, gua tiba-tiba terpikir, gua nak pegi luar negara uh. Cambest jer tengok minah-minah saleh. “eden golak”. “So” gua pun pulun habis la “study” tuk SPM.

image

Nape gua cite pasal gua dulu? Ape kene mengena dengan PTPTN? “eden sonyum”. Dulu mase sebelum gua “start” pulun tu, gua dulu pikir, kalau gua tak pegi luar negara dan dapatkan biasiswa maknanya gua takkan ade peluang untuk sambung belajar. Gua takkan amik PTPTN sebab gua memang malas nak hutang-hutang. Gua lagi rela jadi operator kat kilang dari berhutang.

“So” gua nak “relate” dengan pengalaman gua, bagi gua, PTPTN ni adalah keperluan untuk orang yang nak “improve” tahap pendidikan diorang bukannya sejenis kehendak. Diorang ni nak sambung belajar, kalau takde PTPTN, duit sendiri untuk sambung study pun takde,maka diorang akan “end up” keja kilang. Tapi sebab PTPTN, “so” bolehla “improve” tahap pendidikan. PTPTN ni adalah keperluan. Mane ade “student” suka-suka “apply” PTPTN ni. Diorang memerlukannya.

Oleh itu, nak buat PTPTN ni macam pinjaman kereta nak kenakan CCRIS bagai ni bukan langkah yang perlu untuk memastikan budak-budak tak reti bayar utang ni untuk bayar utang. Gunakan mekanisme lainla “please”.

Pendidikan bukannya kehendak, ia adalah keperluan. CCRIS adalah untuk mengawal kehendak, jadi makenisme ni tak sesuai untuk mengawal keperluan. “So” harap-harap kerajaan “revise” balik.